
![]() |
| Shamsul |
KUALA LUMPUR - "Saya terkejut melihat dua buah bas sekolah dipandu laju seolah-olah berlumba sebelum salah sebuah terlanggar lopak air dan terbalik ke bahu jalan.
"Seorang pelajar perempuan terhumban ke atas jalan raya dan diikuti pemandu bas pula merangkak keluar melarikan diri."
Demikian cerita Mohd. Shamsul Mat, 25, yang menyaksikan bas sekolah yang membawa 42 pelajar terbalik di Taman Connought di hadapan pasar raya Giant, Cheras pukul 7.15 petang semalam.
Ekoran kejadian itu, kata beliau, kebanyakan pelajar menangis dan ada yang menjerit ketakutan.
Kesemua pelajar yang terdiri daripada 41 perempuan dan seorang pelajar lelaki merupakan penuntut Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang dan Sekolah Convent Kajang.
Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri seminar sehari di Universiti Malaya.
Seramai 23 pelajar cedera ringan dan dihantar ke hospital.
Seorang mangsa, Nurul Amirah Hassan, 16, berkata, dia tidak tahu apa yang berlaku kecuali terasa bas tersebut senget sebelum terbalik.
"Hentakan kuat menyebabkan kepala saya pening sebelum saya merangkak keluar dari tingkap bas yang pecah," katanya.

pemandu bas ni BODOH KE!!!? x tau ke dia bawak bnyak nyawa?
ReplyDelete