
![]() |
| SHAHRUL |
KUANTAN - "Kali terakhir dia menelefon kami dengan gembiranya ketika memberitahu telah berjaya melangsaikan segala hutang dengan rakannya,'' kata Sabri Ali, 53, bapa kepada Shahrul Amri, 24, yang ditemui lemas di Air Terjun Bekelah, Gambang di sini.
Mayat Shahrul yang juga anggota Pasukan Latihan Simpanan (Plas) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditemui pada pukul 10.20 pagi semalam.
Terdahulu mangsa pergi ke air terjun itu bersama rakannya yang juga anggota Plas TUDM, Mohd. Nor Iqbal Alias, 21, pada pukul 4 petang kelmarin untuk meninjau kawasan bagi mengadakan majlis pertemuan 10 pelatih pasukan itu Ahad ini.
Bagaimanapun, dia yang mandi bersama rakannya di air terjun tersebut dilaporkan hilang dibawa arus.
Nor Iqbal cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangannya ke tebing tetapi gagal.
Menurut Sabri, dia tidak menyangka tragedi itu akan menimpa anaknya kerana anak ketiganya itu langsung tidak menunjukkan kelainan ketika pulang ke rumah di Taman Perindustrian Sri Sulung, Batu Pahat, Johor pada Jumaat lalu.
"Dia balik selama tiga hari sebelum pulang semula ke Kuantan mengemas barang untuk keluar dari rumah sewanya setelah tamat belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Semambu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: