![]() |
| |
MUMBAI 5 April – Polis India mendakwa pelakon Bollywood, Akshay Kumar dan isterinya, Twinkle Khanna berkelakuan lucah apabila membuka butang seluar jeannya pada satu pertunjukan fesyen.
Polis Mumbai berkata, tindakan diambil berikutan aduan terhadap Kumar dan Twinkle oleh seorang aktivis sosial yang menggelarkan persembahan itu sebagai ‘lucah dan melampau’.
Kumar, yang merupakan duta bagi jeans Levi’s Unbuttoned, memperagakan seluar itu di atas pentas minggu lepas apabila dia berhenti di depan isterinya yang duduk di khalayak dan menyuruhnya membuka butang seluarnya.
‘‘Kami telah merekodkan kes terhadap Akshay, Twinkle dan penganjur Minggu Fesyen Lakme,’’ kata seorang pegawai polis yang tidak dinamakan kepada agensi berita Press Trust of India, semalam.
Mengikut undang-undang India, mereka yang didapati bersalah atas tuduhan berkelakuan lucah boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda 2,000 rupee (RM140.40).
Akshay telah memohon maaf atas kejadian tersebut.
Pada 2007, sebuah mahkamah India mengeluarkan waran tangkap terhadap aktres Shilpa Shetty dan pelakon Hollywood, Richard Gere selepas dia memeluk serta mencium Shetty pada majlis kempen kesedaran AIDS tetapi ia telah dibuang kes kemudiannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: