
PELAKON kacak Bollywood ini dikatakan sangat meminati aktres jelita, Zeenat Aman sehingga berani mengajak bintang pujaan 1970-an itu untuk tidur bersama ketika dia masih kecil.
Menurut sumber, Bachchan junior ini bakal menceritakan obsesinya terhadap Zeenat dalam episod akan datang dalam siri rancangan temu bual Farhan Akhtar - Oye! Its Friday.
“Dalam rancangan tersebut, Abishek bakal menceritakan kenangannya mempelawa Zeenat tidur bersama ketika aktres tersebut ingin kembali ke ruang tidurnya untuk berehat setelah selesai penggambaran,” kata sumber itu lagi.
Walaupun kini dia boleh ketawa mengenangkan peristiwa itu, Abishek ingin meminta maaf atas insiden tersebut. Malah dia juga mengakui ia berlaku kerana ketidakmatangannya ketika itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: