
PASIR MAS - Seramai 200 peserta projek tanaman ubi cassava di sini terpaksa memusnahkan tanaman yang diusahakan sejak tiga tahun lalu untuk diganti dengan tanaman getah apabila permintaan hasil tanaman ubi itu berkurangan di pasaran.
Setakat ini, seluas 100 hektar yang ditanam dengan lebih 1,000 tan ubi itu di Kampung Kubang Telaga, Kolam di sini telah dimusnahkan untuk digantikan dengan getah.
Projek tanaman ubi itu diperkenalkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) sebagai tanaman industri untuk pasaran eksport.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bujok, Muhamad Che Men, 49, mendakwa peserta terlibat mengusahakan tanaman ubi cassava selepas mendapat galakan Kada yang turut membekalkan benih dan memberi bimbingan.
Menurutnya, dia telah mengeluarkan perbelanjaan beribu-ribu ringgit untuk mengusahakan tanaman ubi tersebut termasuk membersihkan tapak.
"Saya juga banyak habiskan masa dan tenaga ketika memulakan projek tanaman ubi cassava itu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Tinjauan Kosmo! di tapak projek tanaman ubi itu mendapati peserta-peserta mula membersihkan kawasan tersebut untuk ditanam getah.
Ubi kanji ini menghasilkan bahan biodegradable iaitu resin bagi pembuatan barangan plastik, terutama pembungkusan makanan yang mesra alam dan ia dikatakan mendapat permintaan tinggi terutama di Eropah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: