Tuesday, March 3, 2009

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama




altMajlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal, Marcell
selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu di Restoran Tepak
Sireh, Singapura.



Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma
dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.
alt


Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk
pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini. Memilih tema biru untuk alam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal
Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak.


altPastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.


Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha
dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura.. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai
bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.
alt


Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini,
Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya:
“Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang, iaitu
masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan menghargai
perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan dan meremehkan
aturan dan norma yang berlaku. Dan motivasi daripada kesemua tindakan
ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih.”


Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak. Sewaktu
dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara kelahiran Marcell, Indonesia. Ternyata perkahwinan dan peluang kali kedua dalam hidup
masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk menjadi pelengkap melayari
kehidupan.
alt


Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun. Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook
serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.alt


Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini. Laman web Facebook menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007 menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: