Friday, March 13, 2009

Hayden perangi Ventimiglia


MASALAH cinta Milo dan Hayden dikatakan melarat sehingga membawa masalah di set penggambaran musim baru Heroes.


Perang telah meletus di set penggambaran Heroes antara dua pelakon siri TV popular itu, Hayden Panettiere dan Milo Ventimiglia.

Hayden dilaporkan cuba mempengaruhi pihak penerbit Heroes supaya membuang Milo daripada musim baru siri yang menggandingkan mereka menerusi watak yang memiliki pertalian sepupu itu.

Sebenarnya Hayden, 19, dan Milo, 31, baru sahaja putus cinta pada bulan lepas dan sekarang Hayden dikatakan sedang melobi supaya watak lakonan Milo dalam Heroes, Peter Petrelli dimatikan.

Hayden sebelum ini dilaporkan menjadi anak emas penerbit Heroes. Sumber memberitahu majalah Amerika, OK!: "Hayden enggan berada di set penggambaran pada masa yang sama dengan Milo. Kerenahnya itu menyusahkan semua krew yang terbabit dengan Heroes."

Tambahnya: "Milo pula menerima perpisahan mereka dengan penuh profesional dan tidak mahu mengaitkan persoalan cinta dengan kerjaya lakonan mereka."

Dalam pada itu, jurucakap Hayden bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan berkata: "Hayden tidak pernah berniat untuk memujuk penerbit Heroes untuk mematikan watak Peter Petrelli."

Hayden dan Milo disahkan bercinta pada April tahun lepas, selepas sebulan spekulasi mengenai hubungan mereka itu hangat diperkatakan, termasuk foto-foto percutian mereka di Hawaii yang dirakam paparazi.

Perbezaan umur sebanyak 12 tahun dikatakan punca hubungan cinta mereka musnah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: